Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Putih yang bermula dari tanah tinggi di Ethopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria ddi Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentu muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawahnya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. |